Khamis, 24 November 2011

Lagu KSSR : Selamat Pagi

Lagu KSSR : Suasana Pagi

KSSR:RPH TATABAHASA


Mata Pelajaran

Bahasa Malaysia

Kelas

2  UPM

Tema/Tajuk

Keselamatan
Keselamatan Jalan Raya.

Masa

2.30-3.30 petang

Standard  Pembelajaran

5.1.1

Objektif  Pembelajaran

Pada akhir pelajaran, murid dapat:
1.    Memahami kata nama am hidup manusia dengan betul.
2.    Menggunakan kata nama am hidup manusia dengan betul dalam ayat.

Aktiviti
1.    Guru menunjukkan gambar tunggal.
2.    Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan gambar.
3.    Guru memperkenalkan kata nama am manusia yang terdapat dalam gambar.
4.    Murid memberi contoh kata nama am manusia yang terdapat dalam gambar.
5.    Murid membaca kata nama am manusia yang dipaparkan.
6.    Murid membulatkan gambar pengguna jalan raya berdasarkan kata nama am manusia yang diberi.
7.    Murid menulis ayat dengan tulisan yang kemas dan betul.


Elemen Merentas Kurikulum

Ilmu: Pendidikan Moral
Nilai: Berhati-hati, rasional
TMK: Belajar melalui TMK


Bahan Bantu Mengajar

Paparan slaid, komputer riba, gambar

Penilaian pengajaran dan pembelajaran
Murid memahami dan menggunakan  kata nama am hidup manusia dengan betul di dalam ayat.
Refleksi
__orang murid daripada ___orang murid mencapai objektif.
Murid yang tidak mencapai objektif diberi pemulihan. Murid yang mencapai objektif diberi pengayaan.



KSSR:RPH MENULIS

TEMA
Kemasyarakatan
TAJUK
Bergotong-royong
MASA
7.30-9.00 pagi
KELAS
2 Cekal
STANDARD  PEMBELAJARAN

3.3.4
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1)     menulis dan membina lima ayat majmuk dengan betul.

AKTIVITI
1.  Aktiviti belon misteri.
2.  Murid mengenal pasti perkataan yang terdapat  dalam gambar.
3.  Murid menyenaraikan perkataan.
4.  Murid menyebut perkataan secara beramai-ramai.
5.  Murid menulis dan membina ayat majmuk berdasarkan gambar.
AKTIVITI KUMPULAN
Kumpulan Ceria
i)              Murid mengisi tempat kosong.
Kumpulan Bestari
i)              Murid membina ayat majmuk berdasarkan ayat tunggal dan kata hubung yang diberikan.
Kumpulan Arif
i)              Murid membina ayat majmuk berdasarkan gambar yang diberikan.
6.  Pengukuhan
     i)        Pengayaan-Murid membina ayat berdasarkan gambar.
    ii)        Pemulihan-Murid  memilih ayat yang sesuai dengan gambar.
7.  Permainan sampul beracun.

ELEMEN MERENTAS
KURIKULUM
Ilmu: Kajian Tempatan/Pendidikan Moral
Nilai: Bekerjasama
TMK: Belajar dengan TMK
BBM
Lembaran kerja,belon,kad suku kata,gambar,radio,komputer,LCD .
PENILAIAN P&P
Murid boleh menulis dan membina lima ayat majmuk berdasarkan gambar.
REFLEKSI

KSSR:RPH MEMBACA

Mata Pelajaran
Bahasa Malaysia
Kelas
2A
Tema
Kesihatan Dan Kebersihan
Tajuk
Kesihatan Diri
Masa
8.00 – 9.00 pagi
Standard Pembelajaran
2.2.3
Objektif
Pada akhir p&p murid dapat:
1)    Membaca ayat majmuk dengan sebutan yang betul.
2)    Memahami dan menyatakan ayat majmuk daripada petikan dengan betul.
Aktiviti
1)    Guru memaparkan petikan teks kepada murid.
2)    Guru membimbing murid membaca petikan secara individu, kumpulan dan kelas.
3)    Guru dan murid bersoal jawab tentang petikan.
4)    Murid mencari kata hubung dalam petikan.
5)    Murid mengecam dan membaca ayat majmuk yang terdapat dalam petikan.
6)    Murid menyenaraikan ayat majmuk yang didapati daripada petikan.
7)    Murid membaca kuat ayat majmuk kepada kelas.
8)    Murid menyalin ayat majmuk dalam buku tulis.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Ilmu : Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan
Nilai : Kebersihan
TMK – Belajar melalui TMK
Bahan Bantu Mengajar
Komputer riba, tetikus, petikan/slaid dan buku tulis
Penilaian Pengajaran  dan Pembelajaran
Murid membaca dan memahami ayat majmuk daripada petikan dengan sebutan yang betul. 
Refleksi
35 daripada 40 murid dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Murid yang tidak menguasai kemahiran membaca diberi latihan bacaan bergrid. Murid yang menguasai diberi latihan pengukuhan dan pengayaan.