Khamis, 24 November 2011

KSSR:RPH TATABAHASA


Mata Pelajaran

Bahasa Malaysia

Kelas

2  UPM

Tema/Tajuk

Keselamatan
Keselamatan Jalan Raya.

Masa

2.30-3.30 petang

Standard  Pembelajaran

5.1.1

Objektif  Pembelajaran

Pada akhir pelajaran, murid dapat:
1.    Memahami kata nama am hidup manusia dengan betul.
2.    Menggunakan kata nama am hidup manusia dengan betul dalam ayat.

Aktiviti
1.    Guru menunjukkan gambar tunggal.
2.    Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan gambar.
3.    Guru memperkenalkan kata nama am manusia yang terdapat dalam gambar.
4.    Murid memberi contoh kata nama am manusia yang terdapat dalam gambar.
5.    Murid membaca kata nama am manusia yang dipaparkan.
6.    Murid membulatkan gambar pengguna jalan raya berdasarkan kata nama am manusia yang diberi.
7.    Murid menulis ayat dengan tulisan yang kemas dan betul.


Elemen Merentas Kurikulum

Ilmu: Pendidikan Moral
Nilai: Berhati-hati, rasional
TMK: Belajar melalui TMK


Bahan Bantu Mengajar

Paparan slaid, komputer riba, gambar

Penilaian pengajaran dan pembelajaran
Murid memahami dan menggunakan  kata nama am hidup manusia dengan betul di dalam ayat.
Refleksi
__orang murid daripada ___orang murid mencapai objektif.
Murid yang tidak mencapai objektif diberi pemulihan. Murid yang mencapai objektif diberi pengayaan.



3 ulasan:

  1. Terima kasih, tengah tercari-cari contoh RPH banyak membantu rakan-rakan saya,mohon untuk berkongsi.

    BalasPadam
  2. Terima kasih, tengah tercari-cari contoh RPH banyak membantu rakan-rakan saya,mohon untuk berkongsi.

    BalasPadam