Khamis, 24 November 2011

KSSR:RPH MEMBACA

Mata Pelajaran
Bahasa Malaysia
Kelas
2A
Tema
Kesihatan Dan Kebersihan
Tajuk
Kesihatan Diri
Masa
8.00 – 9.00 pagi
Standard Pembelajaran
2.2.3
Objektif
Pada akhir p&p murid dapat:
1)    Membaca ayat majmuk dengan sebutan yang betul.
2)    Memahami dan menyatakan ayat majmuk daripada petikan dengan betul.
Aktiviti
1)    Guru memaparkan petikan teks kepada murid.
2)    Guru membimbing murid membaca petikan secara individu, kumpulan dan kelas.
3)    Guru dan murid bersoal jawab tentang petikan.
4)    Murid mencari kata hubung dalam petikan.
5)    Murid mengecam dan membaca ayat majmuk yang terdapat dalam petikan.
6)    Murid menyenaraikan ayat majmuk yang didapati daripada petikan.
7)    Murid membaca kuat ayat majmuk kepada kelas.
8)    Murid menyalin ayat majmuk dalam buku tulis.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Ilmu : Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan
Nilai : Kebersihan
TMK – Belajar melalui TMK
Bahan Bantu Mengajar
Komputer riba, tetikus, petikan/slaid dan buku tulis
Penilaian Pengajaran  dan Pembelajaran
Murid membaca dan memahami ayat majmuk daripada petikan dengan sebutan yang betul. 
Refleksi
35 daripada 40 murid dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Murid yang tidak menguasai kemahiran membaca diberi latihan bacaan bergrid. Murid yang menguasai diberi latihan pengukuhan dan pengayaan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan