Isnin, 3 Oktober 2011

KSSR TAHUN 2

Matlamat
  Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketrampilan  dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri,memperoleh pengetahuan,ilmu kemahiran,maklumat ,nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan.

Susunan Kandungan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

     Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal dengan memberikan penekanan pada Standard   Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh murid.Standard Kandungan dan  Standard Pembelajaran berpaksikan Kemahiran Bahasa dan yang disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.Standard ini digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid sekolah kebangsaan.Standard ini dipersembahkan dalam bentuk modular yang dibahagikan kepada bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan,kemahiran serta nilai murni yang perlu dikuasai oleh murid.