Ahad, 2 Oktober 2011

Mari Belajar Tatabahasa


1.       Secara umumnya tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu morfologi dan  
          sintaksis.

 2.      Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur,pembentukan kata dan golongan kata.

 3.      Dalam morfologi,unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem.

 4.      Kita perlu mengetahui istilah morfem dan kata.Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari  
          segi fungsi dan konsep.


  Morfem

1.      Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan.

2.      Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih

         kecil,maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem misalnya minum.

3.      Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num.

4.      Sebaiknya ,kata minum boleh dipecahkan kepada dua morfem iaitu di dan minum.

       5.     Kesimpulannya,perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.

Pantun Alu-Aluan


 

  Sirih berlipat sirih pinang,
    Sirih dari Pulau Mutiara
 Pemanis kata selamat datang
    Awal Bismillah pembuka bicara


 Tingkap papan kayu bersegi
   Sampan sakat di Pulau Angsa
 Indah tampan kerana budi
  Tinggi darjat kerana bahasa.

Forum


            TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU

     1. FORUM

        Sepanjang kursus ini, pelajar dimestikan terlibat dengan dua (2) kali forum. Semua tutor EL    KPB3033 diminta memuatnaikkan dan poskan kepada pelajar masing-masing tajuk forum dalam portal mengikut tarikh yang ditetapkan.

Tajuk Tarikh
Forum 1

Isu memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tercabar dengan banyaknya kesalahan bahasa yang terdapat pada papan tanda, medium penyiaran yang lain.
Dengan memberikan contoh kesalahan bahasa yang dikesan, cadangkan kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut.


Muat turun pada minggu ketiga dan tutup pada minggu kelima