Ahad, 2 Oktober 2011

Mari Belajar Tatabahasa


1.       Secara umumnya tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu morfologi dan  
          sintaksis.

 2.      Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur,pembentukan kata dan golongan kata.

 3.      Dalam morfologi,unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem.

 4.      Kita perlu mengetahui istilah morfem dan kata.Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari  
          segi fungsi dan konsep.


  Morfem

1.      Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan.

2.      Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih

         kecil,maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem misalnya minum.

3.      Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num.

4.      Sebaiknya ,kata minum boleh dipecahkan kepada dua morfem iaitu di dan minum.

       5.     Kesimpulannya,perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan