Ahad, 23 Oktober 2011

TOPIK PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2

UNIT 7:KISAH DAN TELADAN
Objektif:Pada bahagian ini,guru membimbing murid untuk:
·         Menyampaikan maklumat berdasarkan sesuatu bahan.
·         Bercerita berdasarkan gambar dengan mengunakan bahasa yang betul.
·         Memberikan pendapat tentang sesuatu perkara.
·         Mengesan maklumat daripada sesuatu bahan.
·         Menyatakan maklumat berdasarkan sesuatu bahan.
·         Bercerita berdasarkan gambar membuat laporan mudah .
·         Mengecam makluamat daripada sesuatu bahan.
Aktiviti:Lihat,Fikir dan Tuturkan
Antara kemahiran yang berkaitan :
2.1 Aras 2(1) Menceritakan cerita yang didengar dan ditonton dengan mengunakan sebutan dan intonasi yang betul.
2.1Aras3(i) Bercerita tentang sesuatu pperkara berdasarkan sesuatu situasi dengan menggunakan bahsa yang betul.
3.1 Aras 2(i) Menyenaraikan isi berdasarkan perkara yang didengar atau diperdengarkan.
3.1 Aras 2(ii)Memaklumkan sesuatu maklumat mengikut keutamaaan berdasarka situasi
4.1 Aras 3(1) Menyampaikan pendapat dengan kata,frasa serta ayat yang jelas dan tepat.
5.1 Aras1(iii) Memahami perkataan,frasa dan ayat.
5.2 Aras 1(ii) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.
5.2 Aras3(ii) Memberikan penjelasan tetang bahan sastera dan bukan sastera yang dibaca.
8.1 Aras2(i)Melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.

Antara strategi yang berkaitan dengan kemahiran:
1.       Mendengar maklumat yang akan diterangkan oleh guru dengan teliti.
2.       Mengecamkan segala maklumat yang terdapat dalam bahan yang telah diperdengarkan itu.
3.       Mengulang isi cerita yang telah diperdengarkan oleh guru.
4.       Menyambung cerita berdasarkan klu dan gambar yang diberikan.
5.       Membaca cerita yang dipaparkan.
6.       Mengenal pasti isi-isi penting yang terdapa6t dalam cerita tersebut.
7.       Mengaitkan maklumat yang disampaikan dengan maklumat yang lain.
8.       Berbincang tentang maksud perkataan sukar yang dikemukakan
9.       Menyampaikan cerita yang telah  dibaca dan difahami itu semula.
10.   Membuat laporan berdasarkan gambat tersebut.

MARI BELAJAR TATABAHASA

Kata Nama


1.
Kata nama ialah kata yang merujuk kepada orang, binatang,
benda, tempat dan sebagainya.
2.
Kata nama terbahagi kepada:
 
a.
kata nama am
 
b.
kata nama khas
 
c.
kata ganti nama
 
 
Kata Nama AmMenyatakan manusia, binatang,
 benda, tempat, tumbuh-tumbuhan atau sebagainya.
 
·
·
ditulis dengan huruf kecil di pangkal kata itu
Contoh:
doktor , kucing , sabit , kota , rumput dan lain-lain lagi
 
 
Kata Nama Khas
Merujuk kepada nama orang, nama binatang,

nama tempat, nama bandar, nama negeri, nama judul buku.
 
  ·
ditulis dengan huruf besar di pangkalnya.
 
 ·
Contoh: Siti , Belang , Kuala Lumpur , Perak , Bandar  Baru Selayang