Isnin, 16 September 2013

Kenangan di Bukit Bendera

Berkesempatan mengunjungi Bukit Bendera pada 10 Ogos 2013 setelah sekian lama tidak ke sana iaitu selepas bersama-sama mendaki dengan murid2 Tahun 6 Sek Keb Seb Jaya pada 2001.
                     Kereta api lama.....
                     
                        Seronok dapat merasai keretapi api ke tempat tinggi...

                     Menyambut Ulangtahun kelahiran anak2ku,Muhammad Adib Rizqi yang ke-8 manakala                                 Muhammad Azib Rayyan yang ke-3..Selamat hari lahir anak2 ummi...
                  Hero2 ni tiap-tiap tahun potong kek sama2...jimat duit ummi...

Selasa, 20 Ogos 2013

Bertemu Kembali...

Hampir setahun tidak mencatat di blog ni...rindu rasanya nak menulis tetapi kekangan masa ..Selamat Hari Raya dari saya sekeluarga...

Selasa, 18 September 2012

KATA NAMA

Kata nama terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Kata ganti nama pula ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am atau kata kerja diberi imbuhan.

KATA KERJA

Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).

KATA ADJEKTIF

Kata Adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.