Isnin, 16 September 2013

Kenangan di Bukit Bendera

Berkesempatan mengunjungi Bukit Bendera pada 10 Ogos 2013 setelah sekian lama tidak ke sana iaitu selepas bersama-sama mendaki dengan murid2 Tahun 6 Sek Keb Seb Jaya pada 2001.
                     Kereta api lama.....
                     
                        Seronok dapat merasai keretapi api ke tempat tinggi...

                     Menyambut Ulangtahun kelahiran anak2ku,Muhammad Adib Rizqi yang ke-8 manakala                                 Muhammad Azib Rayyan yang ke-3..Selamat hari lahir anak2 ummi...
                  Hero2 ni tiap-tiap tahun potong kek sama2...jimat duit ummi...

Selasa, 20 Ogos 2013

Bertemu Kembali...

Hampir setahun tidak mencatat di blog ni...rindu rasanya nak menulis tetapi kekangan masa ..Selamat Hari Raya dari saya sekeluarga...

Selasa, 18 September 2012

KATA NAMA

Kata nama terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Kata ganti nama pula ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am atau kata kerja diberi imbuhan.

KATA KERJA

Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).

KATA ADJEKTIF

Kata Adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.

Isnin, 17 September 2012

Morfologi:Golongan Kata Kerja

Kata kerja (KK) merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya.




subgolongan
Ciri
jenis
Contoh

Tak transitif

-Tidak memerlukan objek untuk melengkapkannya.
-Tetapi ada yang memerlukan pelengkap.

Tak berpelengkap

- Tidak memerlukan pelengkap
Tak Transitif Tak Berpelengkap
- Rumah itu sudah roboh
- Turunnya Union Jack, jalur Gemilang pula yang berkibar

Berpelengkap

- memerlukan pelengkap
Tak transitif Berpelengkap
- keadaan Halim bertambah parah
- Air sungai beransur surut

Transitif

- memerlukan objek atau penyambut.
Aktif
Transitif Aktif
Menulis, menampar, memakan
Pasif
Transitif Pasif
Ditulis oleh/dengan, ditampat. Dimakan oleh/dengan

Morfologi:Proses Pembentukan Kata

Selain daripada kata tunggal, maka kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda terbentuk melalui proses pembentukan kata.


Proses berkenaan diterangkan melalui skema rajah berikut:


Morfologi:Konsep Perkataan

Merupakan unit ujaran yang bebas dan bermakna

Kata boleh dibahagikan kepada berikut:

Jumaat, 27 Januari 2012

Lagu KSSR Tahun 1

Lagu ini sesuai dijadikan set induksi para guru..elemen didik hibur sangat penting dalam KSSR.

Lagu KBSR Tahun 3

Tajuk:Sungai
Teringat semasa mengajar lagu ini,mula-mula murid-muridku macam tidak berminat namun selepas beberapa kali menyanyi punyalah semangat...sebab lagu ini sedap iramanya.

Isnin, 19 Disember 2011

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

 Kemahiran berfikir  secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda 
untuk menilai kemunasabahan  dan kewajaran sesuatu idea,hujah, dan membuat
pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.Untuk 
penjelasan lanjut      Sila Klik sini

Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Masteri ini adalah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan murid menguasai sesuatu  Hasil Pembelajaran  yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Baca seterusnya..
Pembelajaran Masteri

Bank Soalan BM Tahun 2

Cikgu-cikgu boleh menggunakan bank soalan ini sebagai pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas.
                                             Latihan 1
                                             Latihan 2
                                             Latihan 3
                                             Latihan 4
                                             Latihan 5