Ahad, 11 Disember 2011

KATA GANDA

  1. Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
  2. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.
  3. Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.
  4. Kata ganda terdiri daripada:
                (a) kata ganda seluruh;
                (b) kata ganda semu;
                (c) kata ganda separa;
                (d) kata ganda bersajak atau berima;
                (e) kata ganda berimbuhan.

A)     Kata Ganda Seluruh
 1.             Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
 2.             Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (‑).
 3.             Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan   kata keterangan.
Contoh :

Gandaan kata nama
Gandaan Kata kerja
Gandaan Adjektif /sifat
buku-buku
lembu-lembu
murid-murid
kawan-kawan
baring-baring
pandang-pandang
jalan-jalan
usik-usik
manis-manis
besar-besar
awal-awal
bulat-bulat


B)        Kata Ganda Semu

1.       Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan    
         seluruhnya dan diberi tanda sempang.
2.      Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus.
3.      Kata ganda semu terdiri daripada kata nama. 

        Senarai Kata Ganda Semu
        kuda-kuda,kupu-kupu, kura-kura,labah-labah,layang-layang,oleh-oleh,onde-onde, dan lain-lain

C)        Kata Ganda Separa
1.        Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata nama yang digandakan.
2.        Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.
           Contoh  Kata Ganda Separa
          Bebawang,bebenang,bebudak,cecair,dedalu,dedaun,dedawai,gegendang,geguli,jejari,
           jejarum ,jejentik, kekabu ,kekisi,kekunci ,kekuda, lelaki,lelangit,lelayang ,pepejal ,
          pepijat ,pepenjuru, rerambut, sesiku, sesungut, tetamu ,tetangga

 D)       Kata Ganda Bersajak/Berima
 1.      Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di          
          pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.
          Contohnya:
         (a)        persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya.
         (b)       persamaan bunyi di hujung:      karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
         (c)        penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya.

Persamaan Bunyi
di Pangkal
Persamaan Bunyi
di Hujung
Penyesuaian Bunyi
Seluruhnya
batu-batan
anak-pinak
bolak-batik
beli-belah
calar-balar
compang-camping
bengkang-bengkok
cerai-berai
dolak-dalik
corat-coret
comot-momot
gopoh-gapah
degap-degup
gotong-royong
gunung-ganang
dentam-dentum
karut-marut
haru-biru
desas-Jesus
kaya-raya
huru-hara
gembar-gembur
kuih-muih
huyung-hayang
gerak-geri
pindah-randah
kacau-bilau

 

E)        Kata Ganda Berimbuhan

1.         Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang memperoleh imbuhan, baik yang berupa awalan, akhiran, sisipan, atau apitan. Contohnya:
awalan: berangan-angan, mengangguk-angguk, jahit-menjahit, teresak-esak, asak-     mengasak, setinggi-tinggi
akhiran: bau-bauan, sayur-sayuran, rumah-rumahan, puji-pujian, wangi-wangian
sisipan: tali-temali, turun-temurun, tulang-temulang
apitan: sehari-harian, bersorak-sorakan, kunjung-mengunjungi, melambat-lambatkan, kebiru-biruan, bercaci-cacian
2. Kata ganda berimbuhan boleh terdiri daripada pelbagai golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas (kata keterangan).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan